بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بَاللهِ مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا ، وَمِنْ سَسِّئَاتِ اَعْمَالِمنَا ، مَنْ يَهْدِهَ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ ، وَاشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ .
{يَاَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْا اللهِ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ} . {يَا اَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مَنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ، وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرً ا وَنِسَآءَ ا ، وَاتَّقُوْ اللهِ الَّذِيْ تَسَآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلاَرْحَام ، اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا} . {يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتِّقُوْا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا ، يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَا لَكُمْ ، وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنْوْبِكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمَا}. اَمَّا بَعْدُ: فَاِنَّ اَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كَتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَاَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مَحَمَّدٍ صَلَى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَشَرَّ الاُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا ، فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدَعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعِةْ ضَلاَلَةٌ ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٌ فِى النَّارِ.
Sebahagian besar dari kalangan para ulama dan orang-orang awam di negara kita masih mengamalkan pembacaan Berzanji. Amalan ini dianggap sunnah dan mulia oleh mereka. Namun, ia terus menjadi fenomena, kerana masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka yang mentakdiskan (mensucikan/holy) pembacaan Berzanji menyedari atau sebaliknya bahawa amalan membaca Berzanji yang dijadikan budaya oleh mereka adalah dipenuhi oleh perkara-perkara yang bid’ah, khurafat, tahaiyul, syirik dan dihiasi dengan pembohongan serta kekarutan.
Kenyataan ini akan dibuktikan melalui pembahasan secara ilmiyah pada rangkap-rangkap syair dan ayat-ayat yang tersusun di dalam Kitab Berzanji.
Al-Hamdulillah, buku kecil ini yang membahas dan membongkar kandungan Kitab Berzanji, telah membuktikan kebatilan dan kemungkaran Berzanji yang selama ini tidak diperasani oleh masyarakat Islam. Kerana Berzanji yang dilaungkan oleh mereka kebiasaannya dalam Bahasa Arab. Buku ini telah memaparkan kebatilan & kemungkaran Berzanji. Semoga ia bermanfaat kepada sekalian pembaca yang budiman yang mencintai kebenaran serta mencari keredhaan Allah ‘Azza wa-Jalla.
Berzanji dikenali juga dalam masyarakat kita dengan istilah “Marhaban” atau “Maulid”. Diistilahkan marhaban kerana isi kandungannya memuatkan ucapan selamat datang kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam dan dinamakan maulid kerana menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Sebahagiannya pula meyakini bahawa semasa membaca berzanji (marhaban) para malaikat, para nabi dan para rasul (terutama Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat, para wali dan roh-roh suci datang ke majlis mereka. Oleh itu mereka menamakan Berzanji atau majlis pembacaan Berzanji dengan istilah Marhaban. Segala kekarutan inilah yang mendorong penulis untuk menghasilkan risalah ini agar difahami oleh masyarakat pengamal Berzanji kemudian mereka dapat memahami mesej ini sehingga mereka dapat meninggalkan Berzanji tersebut.
Rayuan dari penulis, semoga para pembaca budiman dapat memahami bahawa tidak ada yang penulis harapkan dari tulisan ini selain keredhaan Allah, iaitu demi untuk menyelamatkan akidah ummah yang selama ini tidak menyedari dan mengetahui bahawa kandungan Berzanji pada hakikatnya dipenuhi oleh kepercayaan yang membawa kepada kesyirikan dan bid’ah yang merosakkan akidah. Itulah hakikat yang sebenarnya.
Moga-moga segala usaha ikhlas menyiapkan tulisan ini diberkahi oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan memberi berkat serta manfaat ilmu kepada para pembaca yang dihormati sekalian.
Ikhlas Dari:
Rasul bin Dahri
Singapura.