Saturday, April 5, 2008

10 - Fahaman Kuburi (Penyembah Kubur)

FAHAMAN KUBURI
(PENYEMBAH KUBUR)



Penganut dan pengamal berzanji juga berpegang dengan fahaman kuburi (pencinta, pemuja atau penyembah kubur). Mereka mendewa dan mensucikan (mentakdis) kuburan para rasul, para nabi, para wali dan orang-orang yang mereka sucikan terutama kuburan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, sehingga mereka meyakini umrah dan haji mereka tidak sempurna kecuali setelah melihat maqam Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:



اِنَّ حَجِّيْ وَعُمْرَتِيْ رُؤْيَتِيْ رَوْضَةَ الْمَقَامِ * هُمْ جِلاَ نُوْرُ مُقْلَتِيْ وَبِهِمْ يَحْصُلُ الْتَّمَامُ.



“Sesungguhnya haji dan umrahku adalah melihat Raudah dan Maqam. Mereka adalah manifestasi cahaya jiwaku dan dengan merekalah diperolehi kesempurnaan”.[1]



اِذَا لَمْ اَزُرْ قَبْرَهُ يَا سَعْدُ فِى عُمُرِيْ * مِنْ بَعْدِ هَذَا الْجَفَا يَا ضَيْعَةَ الْعُمْرِ.


“Jika aku tidak dapat menziarahi kuburnya (kubur nabi), kekecewaan dan kehampaanlah yang ku dapat, sia-sialah umurku”.[2]




Kebanyakan para ulama muktabar antaranya ialah Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah, para ulama Hambali dan ahli hadis, mereka sekalian menyatakan tidak adanya tuntutan dari syara supaya menziarahi kubur Nabi Muhammad sallallahu ‘alihi wa-sallam.




Oleh itu sesiapa yang tujuan berpergiannya (musafir) semata-mata untuk kekubur Nabi, maka tidak terdapat hadis yang sahih tentang tuntutan tersebut, kerana semua hadis-hadis ziarah kubur Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah palsu malah semuanya bohong belaka yang sama sekali tidak satupun yang boleh dijadikah hujjah.




Semua hadis-hadis yang telah dirawikan tentang tuntutan ziarah kubur Nabi tiada satu yang sahih dan tidak pernah riwayatkan walau dari seorang ahli hadis seperti Bukhari, Muslim atau Ashabus Sunan seperti Abi Daud dan Nasaii, malah tidak seorang pun dari para ahli sanad seperti Ahmad dan yang semisal dengannya seperti imam-imam fikeh seumpama Malik, Syafie, Ahmad, Ishak, at-Thauri, Awzaii, Abi Hanifah dan yang semisal dengan mereka. Maka semua hadis-hadis tentang menziarahi kubur nabi (Muhammad) didapati semuanya bohong dan palsu belaka. Tidak pernah terbukti adanya walau satu hadis dari Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa-sallam tentang menziarahi kubur baginda.
[3]






--------------------------------------------------------------------------------




[1] . Ibid. hlm. 33.
[2] . Ibid. hlm. 41-42.
[3] . Lihat: مجموعة فتاوى jld. 27. Hlm. 35. Ibn Taimiyah. Dan lihat: تنبيه زائر المدينة على الممنوع والمشروع فى الزيارة hlm. 16-17. Dr. Soleh bin Ganim as-Sadlan.