PARA NABI DICIPTA
DARI NUR MUHAMMAD
DARI NUR MUHAMMAD
Di dalam berzanji terdapat banyak cerita-cerita yang tidak ada asal usul dan asasnya dari al-Quran, hadis atau athar yang sahih, antaranya ialah:
قِيْلَ لَمَّا اَرَادَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ ظُهُوْرَ خَيْرِ خَلْقِهِ مُحُمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ * اَمَرَ جِبْرِيْلَ اَنْ يَقْبِضَ طِيْنَتَهُ مِنْ مَكَانِ قَبْرِهِ الْكَرِيْمِ * فَقَبَضَهَا ثُمَّ طَافَ بِهَا جَنَّاتِ النَّعِمِيْمِ * وَغَسَمَهَا فِى اَنْهَارِ التَّسْنِيْمِ.
“Dan ada pendapat mengatakan bahawa manakala Allah Azza wa-Jalla menghendaki lahirnya sebaik-baik makhluk, Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Dia menyuruh Jibril ‘alaihi sallam mengambil tanah dari tempat (bakal) kuburnya yang mulia. Jibril pun pergi mengambilnya dan sambil menggenggam tanah itu, Jibril berkeliling di Jannatun Naim dan membasuhnya di Sungai Tasnim”.[1]
Cerita di atas amat bertentangan dengan syara. Sesudah ungkapan di atas, terdapat banyak lagi kepercayaan batil di dalam berzanji, iaitu:
وَاَقْبَلَ بِهَا بَيْنَ يَدَيِ اللهِ الْعَظِيْمِ * وَلَهَا عَرَقٌ يَسِيْلُ فَخَلَقَ اللهُ مِنْ ذَلِكَ الْعَرَقِ نُوْرَ كُلِّ نَبِيٍّ جَلِيْلٍ * فَجَمِيْعُ اْلاَنْبِيَاءِ خُلِقُوْا مِنْ نُوْرِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
“(Setelah itu) Jibril pun membawa segenggam tanah itu kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung * Tanah itu berpeluh maka dari peluh tersebut Allah mencipta nur setiap nabi yang mulia. Justeru, sekalian nabi diciptakan daripada nur Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.[2]
Menurut penjelasan berzanji di atas bahawa semua para nabi diciptakan dari Nur Muhammad. Kenyataan ini bertentangan dengan hadis sahih yang menjelaskan bahawa semua manusia berasal dari Nabi Adam alaihis salam, bukan dari peluh atau nur Nabi Muhammad dan Adam pula dicipta dari tanah:
كُلُّكُمْ بَنُوْا آدَمَ وَآدَمَ خُلِقَ مِنْ تُرَابٍ.
“Kamu semua adalah anak keturunan Adam. Dan Adam dicipta dari tanah”.[3]
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengakui dan menegaskan bahawa diri baginda adalah manusia biasa seperti kita, baginda bersabda:
اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ
قُلْ اِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحِى اِلَيَّ اَنَّمَآ اِلَهُكُمْ اِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ اَحَدًا.
“Katakanlah (Ya Muhammad)! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”.[5]
Boleh ditemui banyak cerita demi cerita dan syair demi syair yang bertentangan dengan al-Quran dan hadis-hadis yang sahih secara berterus-terusan di dalam Berzanji:
ثُمَّ اُوْدِعَتْ تِلْكَ الطِّيْنَةُ فِى ظَهْرِ آدَمَ * وَاُلْقِيَ فِيْهَا النُّوْرُ الَّذِيْ سَبَقَ فَخْرُهُ وَتَقَادَمَ * فَوَقَعَتْ هُنَالِكَ طَوَآئِفُ الْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ سُجُوْدًا لآدَمَ.
“Kemudian tanah tersebut dipertaruhkan (diletakkan) di punggung Adam ‘alaihis salam oleh sekumpulan malaikat yang hampir (taat dan patuh) kepada Allah”.[6]
ثُمَّ اَخَذَ اللهُ تَعَالَى عَلَى آدَمَ الْمَوَاثِيْقَ وَالْعُهُوْدَ * حِيْنَ اَمَرَ الْمَلاَئِكَةَ لَهُ بِالسُّجُوْدِ * اَنْ لاَ يُوْدِعَ ذَلِكَ النُّوْرُ اِلاَّ فِى اَهْلِ الْكَرَمِ وَالْجُوْدِ * الْمُطَهَّرِيْنَ مِنَ الدَّنَسِ وَالْجُوْدِ.
“Kemudian Allah Ta’ala pun membuat perjanjian dengan Adam ‘alaihis salam. Dia memerintahkan malaikat sujud kepada Adam agar tidak meletakkan nur itu melainkan kepada orang-orang yang mempunyai kemuliaan dan kepemurahan. Yakni, orang-orang yang suci dari kotoran maksiat dan kekufuran”.[7]
Hikayat seperti di atas ini tidak pernah terdapat di dalam al-Quran, di dalam sunnah atau athar yang sahih. Ia bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana seolah-olah sujudnya para malaikat kepada Adam lantaran nur Nabi Muhammad. Begitu juga adalah satu pembohongan jika dikatakan bahawa nur nabi diletakkan kepada “orang-orang yang suci dari maksiat dan kekufuran” kerana menurut riwayat yang sahih bahawa ayah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam termasuk orang yang kufur.
Cerita-cerita tentang Nur Muhammad di dalam berzanji, ada kaitannya dengan akidah Syiah kerana dalam keyakinan Syiah terdapat pemujaan Nur Muhammad yang berterusan sehingga kepada imam dua belas. Maka menurut agama Syiah bahawa:
“Nur Muhammad itu qadim dan bersambung terus menerus kepada nabi-nabi, rasul-rasul, imam-imam (Syiah) dan para wali (dari kalangan Syiah)”
Kepercayaan karut, khurafat dah tahaiyul ini jelas terdapat juga dalam berzanji:
فَمَازَالَ ذَلِكَ النُّوْرُ يَنْتَقِلْ مِنْ ظَهُوْرِ اْلاَخْيَارِ * اِلَى بُطُوْنِ اْلاَحْرَارِ * حَتَّى اَوْصَلَتْهُ يَدُ الشَّرَفُ وَالْمَكَارِمُ اِلَى عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ بْنِ هَاشِمٍ.
“Maka nur tersebut sentiasa berpindah dari orang-orang baik dan terpilih, hingga sampailah ke rahim orang-orang (para wanita) yang merdeka dan ikhlas. Dan akhirnya bibit kemuliaan itu sampai kepada Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim”.[8]
Lantaran kepercayaan Nur Muhammad dan ghalu kepada Nabi, maka ayah dan ibu baginda terus diangkat dan dimuliakan oleh penganut fahaman Berzanji sehingga dianggap sebagai seorang muslim yang beriman. Kepercayaan ini bertentangan dengan hadis sahih yang mana ketika ada seorang sahabat bertanya keapda Rasulullah salallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang ayahnya, baginda bersabda:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ اَبِيْ وَاَبَاكَ فِى النَّارِ
“Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka”.[9]
Segala kepalsuan ini dapat difahami juga dari cerita-cerita bohong dan karut-marut dalam berzanji sebagaimana syair berikut:
فَلَمَّا آنَ اَوَانُ وَفَآءِ عَهْدِهِ طَلَعَ فِى اْلاَكْوَانِ طَالِعُ سَعْدِهِ نُشِرَ عَلَمُ الْفُتُوَّةِ * لِظُهُوْرِ خَاتِمِ النُّبُوَّةِ * شَخَصَتْ لِعَبْدِ اللهِ اْلاَبْصَارُ * وَاَشْرَقَتْ عَلَيْهِ اْلاَنْوَارُ * اُلْبِسَ ثَوْبَ الْمَلاَحَةِ نَطَقَ بِالْبَيَانِ وَالْفَصَاحَةِ.
“Manakala semakin hampir ketikanya Allah menyempurnakan janjiNya, dunia semakin diliputi kebahagiaan. Muncullah tanda-tanda kemuliaan menyambut kelahiran nabi penghabisan. Dahi Abdullah memancarkan sinar (nur), dia bercahaya dan bertambah tampan. Malah kefasihan bercakap dan kepetahan berkata-kata semakin terserlah pada diri Abdullah”.[10]
Dalam cerita selanjutnya, ayah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam digambarkan seolah-olah mendapat wahyu dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
نَادَاهُ لِسَانُ الْمَشِيْئَةِ يَاعَبْدَاللهِ مَا يَصْلُحُ كَنْزًا لِّمَا حَمَلَتْ مِنَ الْوَدِيْعَةِ * اِلاَّ اَحْشَآءُ آمِنَةَ الْمَنِيْعَةِ * اَلْمُطَهَّرَةِ مِنَ الدَّنَسِ وَاْلاَكْدَارِ * سَيِّدَةِ نِسَآءِ بَنِى النَّجَّارِ.
“Abdullah pun mendengar seruan “Wahai Abdullah! Tidaklah patut amanah yang ada padamu dibiarkan tanpa dipersatukan dengan Aminah, wanita yang terpelihara, suci dari sebarang kotoran, penghulu kaum wanita Bani Najjar”.[11]
اِجْتَمَعَ شَمْلُهُ بِشَمْلِهَا اِتِّصَلُ حَبْلُهُ بِحَبْلِهَا * ظَهَرَ صَفَآءُ يَقِيْنِهَا * اِنْطَوَتِ اْلاَحْشَآءُ عَلَى جَنِيْنِهَا سَطَعَ نُوْرُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى جَبِيْنِهَا.
“Kemudian bertemulah kemuliaan Abdullah dengan kemuliaan Aminah, terjalinlah tali perhubungan dan pernikahan. Terbuktilah keyakinan Aminah yang suci, lalu dia pun mengandung janin manusia dan terpancarlah nur Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dahinya”.[12]
Kisah para nabi dan rasul menemui ibu Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam mimpinya bermula dari bulan pertama sehinggalah ke bulan kelahiran Nabi, adalah kisah yang tidak ada asal-usul dan puncanya dari hadis-hadis yang sahih, namun ia terdapat di dalam berzanji:
اَوَّلُ شَهْرٍ مِنْ شُهُوْرِ حَمْلِهَا اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ آدَمُ * وَاَعْلَمَهَا اَنَّهَا حَمَلَتْ بِاَجَلِّ الْعَالَمِ.
“Bulan pertama kandungan Aminah beliau didatangi Adam alaihis salam dalam tidur (bermimpi). Dalam mimpi itu Adam memberitahu Aminah bahawa dia sedang mengandung makhluk yang paling mulia”.[13]
اَلشَّهْرُ الثَّانِيْ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ اِدْرِيْسُ * وَاخْبَرَهَا بِفَخْرِ مُحَمَّدٍ وَقَدْرِهِ النَّفِيْسِ.
“Bulan kedua kandungan Aminah, beliau didatangi Idris alaihis salam dalam mimpi. Idris memberitahu Aminah tentang kemuliaan dan kehormatan Muhammad.
اَلشَّهْرُ الثَّالِثُ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ نُوْحٌ * وَقَالَ لَهَا اِنَّكِ قَدْ حَمَلَتْ بِصَاحِبِ النَّصْرِ وَالْفُتُوْحِ.
“Bulan ketiga kandungan Aminah, beliau didatangi Nuh alaihis salam. Dalam mimpi Nuh berkata kepadanya: “Sesungguhnya anda sedang mengandung seorang pahlawan yang sentiasa menang dan menakluk (musuh)”.[14]
اَلشَّهْرُ الرَّابِعُ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ اِبْرَاهِيْمِ الْخَلِيْلُ.…
اَلشَّهْرُ الْخَامِسُ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ اِسْمَاعِيْلُ.
اَلشَّهْرُ السَّادِسُ اَتَاهَ فِى الْمَنَامِ مُوْسَى الْكَلِيْمُ
اَلشَّهْرُ السَّابِعُ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ دَاوُدُ
اَلشَّهْرُ الثَّامِنُ اَتَهَا فِى الْمَنَامِ سُلَيْمَانُ
اَلشَّهْرُ التَّاسِعُ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ عِيْسَى الْمَسِيْحُ
“Bulan kesembilan Aminah didatangi di dalam tidurnya oleh Isa al-Masih”.[20]
Anehnya, semua para nabi dan rasul datang dalam mimpi Siti Aminah hanya mengkhabarkan tentang akan lahirnya Nabi Muhammad, tetapi tidak mengkhabarkan perkara yang lebih penting sebagai tugas yang dipikul oleh setiap nabi dan rasul, iaitu mengkhabarkan atau menyampaikan dakwah tauhid kepada Allah.
----------------------------------------------------------------------
[1] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي hlm. 18-19. Lihat: Terjemahan Berzanji Lengkap. Hlm. 22-23. Mohd. Sofwan Amrullah. Pustaka Ilmi. Cetakan Pertama 1999
[2] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي hlm. 19.
Lihat: Terjemahan Berzanji Lengkap. Hlm.23.
[3] . H/R Al-Bazzar. Menurut al-Albani, hadis ini sahih.
Lihat: Al-Jami’ 4444.
[4] . Syeikh al-Albani mensahihkan hadis ini. Lihat: Al-
Jami’ No. 2337.
[5] . Al-Kahfi, 18:110.
[6] . Ibid. مجموعة الموالد وادعية الانام برزنجي hlm. 19.
[7] . Ibid.
[8] . Ibid.
[9] . H/R Muslim.
[10] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي. Hlm. 24.
[11] . Ibid.. 24-25.
[12] . Ibid. hlm.25.
[13] . Ibid. hlm. 25.
[14] . Ibid. hlm. 25.
[15] . Ibid. hlm. 26.
[16] . Ibid. hlm. 26.
[17] . Ibid.
[18] . Ibid.
[19] . Ibid.
[20] . Ibid.