MENTUHANKAN
NABI MUHAMMAD
NABI MUHAMMAD
Yang paling dahsyat mungkarnya, penganut Berzanji mengangkat dan mensucikan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam ke taraf ketuhanan atau ilah:
يَا اِلَهِيْ وَسَيِّدِيْ لاَ تُخَيِّبْ لَنَا الْمُرَادُ * يَا اَلَهِيْ وَسَيِّدِيْ دَمِّرِ الْبَغْيَ وَالْفَسَادَ.
“Ya Tuhanku wahai penghuluku! Janganlah hampakan kami dari cita-cita kami. Ya Tuhanku wahai penghuluku! Hancurkanlah kezaliman dan kebinasaan”.[1]
يَا اِلَهِيْ وَسَيِّدِيْ اَصْلِحِ اْلاَمْرَ يَا جَوَادْ * يَا اِلَهِيْ بِاَحْمَدَ هَبْ بِنَصْرِهْ لَنَا الْمُرِادْ
“Ya Tuhanku! Wahai penghuluku! Perbaikilah urusan (kami) wahai Yang Maha Pemurah! Ya Tuhanku! Dengan kehormatan Ahmad (Nabi Muhammad), kurniakanlah kepada kami mencapai matlamat dengan pertolongannya”.[2]
يَا اِلَهِيْ بِاَحْمَدَ اَسْقِنَا الْغَيْثَ فِى الْبِلاَدِ * يَا اِلَهِيْ بِاَحْمَدَ رَحْمَتَكَ تُكْرِمُ الْعِبَادْ.
“Ya Tuhanku! Dengan (kemuliaan) Ahmad, turunkanlah hujan di negeri (kami). Ya Tuhanku! Dengan (kemuliaan) Ahmad, muliakanlah hamba-hamba (Mu) dengan rahmat Mu”.[3]
حَتَّى اَضَآءَ بِنُوْرِكَ اْلآفَاقُ
وَخَرَجَ مِنْ ثَغْرِهِ نُوْرٌ اَضَآءَ لَهُ قُصُوْرُ بُصْرَى مِنْ اَرْضِ الشَّامِ.
“Dari gigi serinya keluar cahaya yang turut menerangi mahligai-mahligai serta istana-istana yang di negeri Syam.
Syair dalam berzanji ini bertentangan dengan ayat al-Quran:
اَللهُ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ
Pada hakikatnya, terlalu banyak bait-bait syair, ayat-ayat dan cerita-cerita khurafat dan tahaiyulat di dalam berzanji yang bertentangan dengan akidah sehingga membawa kepada kesyirikan.
Setiap orang yang beriman amat takut dari perkara-perkara yang membawa kepada kesyirikan, kerana dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kecuali ia bertaubat sebelum mati. Allah berfirman:
اِنَّ اللهَ لاَ يَغْفِرُ اَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَآء ، وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيْدًأ.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan sesiapa yang menyekutukan (mensyirikkan)Nya dengan sesuatu, tetapi akan mengampunkan (dosa) selain kesyirikan sesiapa yang dikehendakiNya, dan sesiapa yang melakukan kesyirikan maka dia telah sesat sejauh-jauhnya”.
Sebahagian besar dari kalangan para ulama dan orang-orang awam di negeri kita, mereka masih mengamalkan pembacaan Berzanji serta mengadakan perayaan maulid Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam disetiap tahun. Amalan ini dianggap sunnah dan mulia oleh mereka.
Namun, ia terus menjadi fenomena kerana masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka yang mentakdiskan (mensuci/holy) pembacaan berzanji dan perayaan maulid menyedari atau sebaliknya bahawa amalan ini dipenuhi dengan bid’ah, khurafat, tahaiyul, syirik, pembohongan serta kekarutan. Perkara inilah yang dijelaskan di dalam kitab kecil ini.
--------------------------------------------------------------------