Saturday, April 5, 2008

Warkah Ustaz Rasul Dahri


بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بَاللهِ مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا ، وَمِنْ سَسِّئَاتِ اَعْمَالِمنَا ، مَنْ يَهْدِهَ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ ، وَاشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ .
{يَاَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْا اللهِ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ} . {يَا اَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مَنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ، وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرً ا وَنِسَآءَ ا ، وَاتَّقُوْ اللهِ الَّذِيْ تَسَآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلاَرْحَام ، اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا} . {يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتِّقُوْا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا ، يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَا لَكُمْ ، وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنْوْبِكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمَا}. اَمَّا بَعْدُ: فَاِنَّ اَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كَتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَاَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مَحَمَّدٍ صَلَى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَشَرَّ الاُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا ، فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدَعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعِةْ ضَلاَلَةٌ ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٌ فِى النَّارِ.

Sebahagian besar dari kalangan para ulama dan orang-orang awam di negara kita masih mengamalkan pembacaan Berzanji. Amalan ini dianggap sunnah dan mulia oleh mereka. Namun, ia terus menjadi fenomena, kerana masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka yang mentakdiskan (mensucikan/holy) pembacaan Berzanji menyedari atau sebaliknya bahawa amalan membaca Berzanji yang dijadikan budaya oleh mereka adalah dipenuhi oleh perkara-perkara yang bid’ah, khurafat, tahaiyul, syirik dan dihiasi dengan pembohongan serta kekarutan.

Kenyataan ini akan dibuktikan melalui pembahasan secara ilmiyah pada rangkap-rangkap syair dan ayat-ayat yang tersusun di dalam Kitab Berzanji.
Al-Hamdulillah, buku kecil ini yang membahas dan membongkar kandungan Kitab Berzanji, telah membuktikan kebatilan dan kemungkaran Berzanji yang selama ini tidak diperasani oleh masyarakat Islam. Kerana Berzanji yang dilaungkan oleh mereka kebiasaannya dalam Bahasa Arab. Buku ini telah memaparkan kebatilan & kemungkaran Berzanji. Semoga ia bermanfaat kepada sekalian pembaca yang budiman yang mencintai kebenaran serta mencari keredhaan Allah ‘Azza wa-Jalla.

Berzanji dikenali juga dalam masyarakat kita dengan istilah “Marhaban” atau “Maulid”. Diistilahkan marhaban kerana isi kandungannya memuatkan ucapan selamat datang kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam dan dinamakan maulid kerana menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Sebahagiannya pula meyakini bahawa semasa membaca berzanji (marhaban) para malaikat, para nabi dan para rasul (terutama Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat, para wali dan roh-roh suci datang ke majlis mereka. Oleh itu mereka menamakan Berzanji atau majlis pembacaan Berzanji dengan istilah Marhaban. Segala kekarutan inilah yang mendorong penulis untuk menghasilkan risalah ini agar difahami oleh masyarakat pengamal Berzanji kemudian mereka dapat memahami mesej ini sehingga mereka dapat meninggalkan Berzanji tersebut.

Rayuan dari penulis, semoga para pembaca budiman dapat memahami bahawa tidak ada yang penulis harapkan dari tulisan ini selain keredhaan Allah, iaitu demi untuk menyelamatkan akidah ummah yang selama ini tidak menyedari dan mengetahui bahawa kandungan Berzanji pada hakikatnya dipenuhi oleh kepercayaan yang membawa kepada kesyirikan dan bid’ah yang merosakkan akidah. Itulah hakikat yang sebenarnya.

Moga-moga segala usaha ikhlas menyiapkan tulisan ini diberkahi oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan memberi berkat serta manfaat ilmu kepada para pembaca yang dihormati sekalian.

Ikhlas Dari:
Rasul bin Dahri
Singapura.



11 - Mentuhankan Nabi Muhammad

MENTUHANKAN
NABI MUHAMMAD


Yang paling dahsyat mungkarnya, penganut Berzanji mengangkat dan mensucikan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam ke taraf ketuhanan atau ilah:

يَا اِلَهِيْ وَسَيِّدِيْ لاَ تُخَيِّبْ لَنَا الْمُرَادُ * يَا اَلَهِيْ وَسَيِّدِيْ دَمِّرِ الْبَغْيَ وَالْفَسَادَ.

“Ya Tuhanku wahai penghuluku! Janganlah hampakan kami dari cita-cita kami. Ya Tuhanku wahai penghuluku! Hancurkanlah kezaliman dan kebinasaan”.[1]

يَا اِلَهِيْ وَسَيِّدِيْ اَصْلِحِ اْلاَمْرَ يَا جَوَادْ * يَا اِلَهِيْ بِاَحْمَدَ هَبْ بِنَصْرِهْ لَنَا الْمُرِادْ

“Ya Tuhanku! Wahai penghuluku! Perbaikilah urusan (kami) wahai Yang Maha Pemurah! Ya Tuhanku! Dengan kehormatan Ahmad (Nabi Muhammad), kurniakanlah kepada kami mencapai matlamat dengan pertolongannya”.[2]


يَا اِلَهِيْ بِاَحْمَدَ اَسْقِنَا الْغَيْثَ فِى الْبِلاَدِ * يَا اِلَهِيْ بِاَحْمَدَ رَحْمَتَكَ تُكْرِمُ الْعِبَادْ.

“Ya Tuhanku! Dengan (kemuliaan) Ahmad, turunkanlah hujan di negeri (kami). Ya Tuhanku! Dengan (kemuliaan) Ahmad, muliakanlah hamba-hamba (Mu) dengan rahmat Mu”.[3]

حَتَّى اَضَآءَ بِنُوْرِكَ اْلآفَاقُ

“Malah nur dan cahayamulah yang membuat dunia ini terang benderang”.[4]


وَخَرَجَ مِنْ ثَغْرِهِ نُوْرٌ اَضَآءَ لَهُ قُصُوْرُ بُصْرَى مِنْ اَرْضِ الشَّامِ.

“Dari gigi serinya keluar cahaya yang turut menerangi mahligai-mahligai serta istana-istana yang di negeri Syam.

Syair dalam berzanji ini bertentangan dengan ayat al-Quran:

اَللهُ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ

“Allah (Pemberi) cahaya (Kepada) langit dan bumi”.[5]

Pada hakikatnya, terlalu banyak bait-bait syair, ayat-ayat dan cerita-cerita khurafat dan tahaiyulat di dalam berzanji yang bertentangan dengan akidah sehingga membawa kepada kesyirikan.


Setiap orang yang beriman amat takut dari perkara-perkara yang membawa kepada kesyirikan, kerana dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kecuali ia bertaubat sebelum mati. Allah berfirman:

اِنَّ اللهَ لاَ يَغْفِرُ اَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَآء ، وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيْدًأ.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan sesiapa yang menyekutukan (mensyirikkan)Nya dengan sesuatu, tetapi akan mengampunkan (dosa) selain kesyirikan sesiapa yang dikehendakiNya, dan sesiapa yang melakukan kesyirikan maka dia telah sesat sejauh-jauhnya”.


Sebahagian besar dari kalangan para ulama dan orang-orang awam di negeri kita, mereka masih mengamalkan pembacaan Berzanji serta mengadakan perayaan maulid Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam disetiap tahun. Amalan ini dianggap sunnah dan mulia oleh mereka.
Namun, ia terus menjadi fenomena kerana masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka yang mentakdiskan (mensuci/holy) pembacaan berzanji dan perayaan maulid menyedari atau sebaliknya bahawa amalan ini dipenuhi dengan bid’ah, khurafat, tahaiyul, syirik, pembohongan serta kekarutan. Perkara inilah yang dijelaskan di dalam kitab kecil ini.
--------------------------------------------------------------------

[1] . Ibid. hlm. 34.
[2] . Ibid. hlm. 34.
[3] . Ibid. hlm. 34.
[4] . Ibid. hlm. 36.
[5] . An-Nur, 24:35.

10 - Fahaman Kuburi (Penyembah Kubur)

FAHAMAN KUBURI
(PENYEMBAH KUBUR)



Penganut dan pengamal berzanji juga berpegang dengan fahaman kuburi (pencinta, pemuja atau penyembah kubur). Mereka mendewa dan mensucikan (mentakdis) kuburan para rasul, para nabi, para wali dan orang-orang yang mereka sucikan terutama kuburan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, sehingga mereka meyakini umrah dan haji mereka tidak sempurna kecuali setelah melihat maqam Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:



اِنَّ حَجِّيْ وَعُمْرَتِيْ رُؤْيَتِيْ رَوْضَةَ الْمَقَامِ * هُمْ جِلاَ نُوْرُ مُقْلَتِيْ وَبِهِمْ يَحْصُلُ الْتَّمَامُ.



“Sesungguhnya haji dan umrahku adalah melihat Raudah dan Maqam. Mereka adalah manifestasi cahaya jiwaku dan dengan merekalah diperolehi kesempurnaan”.[1]



اِذَا لَمْ اَزُرْ قَبْرَهُ يَا سَعْدُ فِى عُمُرِيْ * مِنْ بَعْدِ هَذَا الْجَفَا يَا ضَيْعَةَ الْعُمْرِ.


“Jika aku tidak dapat menziarahi kuburnya (kubur nabi), kekecewaan dan kehampaanlah yang ku dapat, sia-sialah umurku”.[2]




Kebanyakan para ulama muktabar antaranya ialah Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah, para ulama Hambali dan ahli hadis, mereka sekalian menyatakan tidak adanya tuntutan dari syara supaya menziarahi kubur Nabi Muhammad sallallahu ‘alihi wa-sallam.




Oleh itu sesiapa yang tujuan berpergiannya (musafir) semata-mata untuk kekubur Nabi, maka tidak terdapat hadis yang sahih tentang tuntutan tersebut, kerana semua hadis-hadis ziarah kubur Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah palsu malah semuanya bohong belaka yang sama sekali tidak satupun yang boleh dijadikah hujjah.




Semua hadis-hadis yang telah dirawikan tentang tuntutan ziarah kubur Nabi tiada satu yang sahih dan tidak pernah riwayatkan walau dari seorang ahli hadis seperti Bukhari, Muslim atau Ashabus Sunan seperti Abi Daud dan Nasaii, malah tidak seorang pun dari para ahli sanad seperti Ahmad dan yang semisal dengannya seperti imam-imam fikeh seumpama Malik, Syafie, Ahmad, Ishak, at-Thauri, Awzaii, Abi Hanifah dan yang semisal dengan mereka. Maka semua hadis-hadis tentang menziarahi kubur nabi (Muhammad) didapati semuanya bohong dan palsu belaka. Tidak pernah terbukti adanya walau satu hadis dari Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa-sallam tentang menziarahi kubur baginda.
[3]






--------------------------------------------------------------------------------




[1] . Ibid. hlm. 33.
[2] . Ibid. hlm. 41-42.
[3] . Lihat: مجموعة فتاوى jld. 27. Hlm. 35. Ibn Taimiyah. Dan lihat: تنبيه زائر المدينة على الممنوع والمشروع فى الزيارة hlm. 16-17. Dr. Soleh bin Ganim as-Sadlan.

09 - Keyakinan Yang Batil

KEYAKINAN
YANG BATIL



Penganut Berzanji mempunyai keyakinan yang bertentangan dengan akidah al-Quran, mereka percaya bahawa roh orang mati seperti Asiah isteri Fir’aun dan Siti Maryam boleh keluar dari alam barzah dan datang membantu Aminah semasa kelahiran Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, sedangkan Allah Ta’ala menafikan perkara tersebut sebagaimana firmannya di surah al-Mu’minun, 23:100. Bacalah penjelasan berzanji di bawah ini:



فَلَمَّا اشْتَدَّ بِهَا طَلْقُ النَّفَاسِ * وَلَمْ يَعْلَمْ بِهَا اَحَدٌ مِنَ النَّاسِ * بَسَطَتْ اَكُفَّ شَكْوَاهَا * اِلَى مَنْ يَعْلَمُ سِرَّهَا وَنَجْوَاهَا * فَاِذَا هِيَ بِآسِيَةَ امْرَاَةِ فِرْعَوْنَ وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ وَجَمَاعَةٍ مِنَ الْحُوْرِ الْحَسَانِ * قَدْ اَضَآءَ مِنْ جَمَالِهِنَّ الْمَكَانُ * فَذَهَبَ عَنْهَا مَا تَجِدُ مِنَ اْلاَحْزَانِ.



“Maka manakala Aminah semakin sarat kandungannya dan tiada seorang pun yang tahu bagaimana perasaannya. Ketika itulah dia mengadu kepada orang yang mengetahui rahsianya. Tiba-tiba muncullah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam binti Imran juga serombongan bidadari yang cantik-cantik. Cahaya dan kecantikan mereka menerangi tempat itu. Maka kesusahan dan kekhuatiran Aminah serta merta lenyap dan sirna”.[1]



-----------------------------------------------------------------------------



[1] . Ibid. Hlm. 28.

08 - Para Nabi Dicipta Dari Nur Muhammad

PARA NABI DICIPTA
DARI NUR MUHAMMAD



Di dalam berzanji terdapat banyak cerita-cerita yang tidak ada asal usul dan asasnya dari al-Quran, hadis atau athar yang sahih, antaranya ialah:



قِيْلَ لَمَّا اَرَادَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ ظُهُوْرَ خَيْرِ خَلْقِهِ مُحُمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ * اَمَرَ جِبْرِيْلَ اَنْ يَقْبِضَ طِيْنَتَهُ مِنْ مَكَانِ قَبْرِهِ الْكَرِيْمِ * فَقَبَضَهَا ثُمَّ طَافَ بِهَا جَنَّاتِ النَّعِمِيْمِ * وَغَسَمَهَا فِى اَنْهَارِ التَّسْنِيْمِ.



“Dan ada pendapat mengatakan bahawa manakala Allah Azza wa-Jalla menghendaki lahirnya sebaik-baik makhluk, Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Dia menyuruh Jibril ‘alaihi sallam mengambil tanah dari tempat (bakal) kuburnya yang mulia. Jibril pun pergi mengambilnya dan sambil menggenggam tanah itu, Jibril berkeliling di Jannatun Naim dan membasuhnya di Sungai Tasnim”.[1]



Cerita di atas amat bertentangan dengan syara. Sesudah ungkapan di atas, terdapat banyak lagi kepercayaan batil di dalam berzanji, iaitu:



وَاَقْبَلَ بِهَا بَيْنَ يَدَيِ اللهِ الْعَظِيْمِ * وَلَهَا عَرَقٌ يَسِيْلُ فَخَلَقَ اللهُ مِنْ ذَلِكَ الْعَرَقِ نُوْرَ كُلِّ نَبِيٍّ جَلِيْلٍ * فَجَمِيْعُ اْلاَنْبِيَاءِ خُلِقُوْا مِنْ نُوْرِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.


“(Setelah itu) Jibril pun membawa segenggam tanah itu kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung * Tanah itu berpeluh maka dari peluh tersebut Allah mencipta nur setiap nabi yang mulia. Justeru, sekalian nabi diciptakan daripada nur Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.[2]



Menurut penjelasan berzanji di atas bahawa semua para nabi diciptakan dari Nur Muhammad. Kenyataan ini bertentangan dengan hadis sahih yang menjelaskan bahawa semua manusia berasal dari Nabi Adam alaihis salam, bukan dari peluh atau nur Nabi Muhammad dan Adam pula dicipta dari tanah:



كُلُّكُمْ بَنُوْا آدَمَ وَآدَمَ خُلِقَ مِنْ تُرَابٍ.


“Kamu semua adalah anak keturunan Adam. Dan Adam dicipta dari tanah”.[3]



Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengakui dan menegaskan bahawa diri baginda adalah manusia biasa seperti kita, baginda bersabda:



اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ



“Sesungguhnya aku adalah manusia biasa seperti kamu”.[4]

Dasar hadis ini ialah firman Allah:



قُلْ اِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحِى اِلَيَّ اَنَّمَآ اِلَهُكُمْ اِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ اَحَدًا.


“Katakanlah (Ya Muhammad)! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”.[5]
Boleh ditemui banyak cerita demi cerita dan syair demi syair yang bertentangan dengan al-Quran dan hadis-hadis yang sahih secara berterus-terusan di dalam Berzanji:



ثُمَّ اُوْدِعَتْ تِلْكَ الطِّيْنَةُ فِى ظَهْرِ آدَمَ * وَاُلْقِيَ فِيْهَا النُّوْرُ الَّذِيْ سَبَقَ فَخْرُهُ وَتَقَادَمَ * فَوَقَعَتْ هُنَالِكَ طَوَآئِفُ الْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ سُجُوْدًا لآدَمَ.



“Kemudian tanah tersebut dipertaruhkan (diletakkan) di punggung Adam ‘alaihis salam oleh sekumpulan malaikat yang hampir (taat dan patuh) kepada Allah”.[6]



ثُمَّ اَخَذَ اللهُ تَعَالَى عَلَى آدَمَ الْمَوَاثِيْقَ وَالْعُهُوْدَ * حِيْنَ اَمَرَ الْمَلاَئِكَةَ لَهُ بِالسُّجُوْدِ * اَنْ لاَ يُوْدِعَ ذَلِكَ النُّوْرُ اِلاَّ فِى اَهْلِ الْكَرَمِ وَالْجُوْدِ * الْمُطَهَّرِيْنَ مِنَ الدَّنَسِ وَالْجُوْدِ.


“Kemudian Allah Ta’ala pun membuat perjanjian dengan Adam ‘alaihis salam. Dia memerintahkan malaikat sujud kepada Adam agar tidak meletakkan nur itu melainkan kepada orang-orang yang mempunyai kemuliaan dan kepemurahan. Yakni, orang-orang yang suci dari kotoran maksiat dan kekufuran”.[7]



Hikayat seperti di atas ini tidak pernah terdapat di dalam al-Quran, di dalam sunnah atau athar yang sahih. Ia bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana seolah-olah sujudnya para malaikat kepada Adam lantaran nur Nabi Muhammad. Begitu juga adalah satu pembohongan jika dikatakan bahawa nur nabi diletakkan kepada “orang-orang yang suci dari maksiat dan kekufuran” kerana menurut riwayat yang sahih bahawa ayah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam termasuk orang yang kufur.



Cerita-cerita tentang Nur Muhammad di dalam berzanji, ada kaitannya dengan akidah Syiah kerana dalam keyakinan Syiah terdapat pemujaan Nur Muhammad yang berterusan sehingga kepada imam dua belas. Maka menurut agama Syiah bahawa:



“Nur Muhammad itu qadim dan bersambung terus menerus kepada nabi-nabi, rasul-rasul, imam-imam (Syiah) dan para wali (dari kalangan Syiah)”



Kepercayaan karut, khurafat dah tahaiyul ini jelas terdapat juga dalam berzanji:



فَمَازَالَ ذَلِكَ النُّوْرُ يَنْتَقِلْ مِنْ ظَهُوْرِ اْلاَخْيَارِ * اِلَى بُطُوْنِ اْلاَحْرَارِ * حَتَّى اَوْصَلَتْهُ يَدُ الشَّرَفُ وَالْمَكَارِمُ اِلَى عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ بْنِ هَاشِمٍ.


“Maka nur tersebut sentiasa berpindah dari orang-orang baik dan terpilih, hingga sampailah ke rahim orang-orang (para wanita) yang merdeka dan ikhlas. Dan akhirnya bibit kemuliaan itu sampai kepada Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim”.[8]



Lantaran kepercayaan Nur Muhammad dan ghalu kepada Nabi, maka ayah dan ibu baginda terus diangkat dan dimuliakan oleh penganut fahaman Berzanji sehingga dianggap sebagai seorang muslim yang beriman. Kepercayaan ini bertentangan dengan hadis sahih yang mana ketika ada seorang sahabat bertanya keapda Rasulullah salallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang ayahnya, baginda bersabda:



قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ اَبِيْ وَاَبَاكَ فِى النَّارِ


“Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka”.[9]


Segala kepalsuan ini dapat difahami juga dari cerita-cerita bohong dan karut-marut dalam berzanji sebagaimana syair berikut:



فَلَمَّا آنَ اَوَانُ وَفَآءِ عَهْدِهِ طَلَعَ فِى اْلاَكْوَانِ طَالِعُ سَعْدِهِ نُشِرَ عَلَمُ الْفُتُوَّةِ * لِظُهُوْرِ خَاتِمِ النُّبُوَّةِ * شَخَصَتْ لِعَبْدِ اللهِ اْلاَبْصَارُ * وَاَشْرَقَتْ عَلَيْهِ اْلاَنْوَارُ * اُلْبِسَ ثَوْبَ الْمَلاَحَةِ نَطَقَ بِالْبَيَانِ وَالْفَصَاحَةِ.


“Manakala semakin hampir ketikanya Allah menyempurnakan janjiNya, dunia semakin diliputi kebahagiaan. Muncullah tanda-tanda kemuliaan menyambut kelahiran nabi penghabisan. Dahi Abdullah memancarkan sinar (nur), dia bercahaya dan bertambah tampan. Malah kefasihan bercakap dan kepetahan berkata-kata semakin terserlah pada diri Abdullah”.[10]



Dalam cerita selanjutnya, ayah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam digambarkan seolah-olah mendapat wahyu dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala:



نَادَاهُ لِسَانُ الْمَشِيْئَةِ يَاعَبْدَاللهِ مَا يَصْلُحُ كَنْزًا لِّمَا حَمَلَتْ مِنَ الْوَدِيْعَةِ * اِلاَّ اَحْشَآءُ آمِنَةَ الْمَنِيْعَةِ * اَلْمُطَهَّرَةِ مِنَ الدَّنَسِ وَاْلاَكْدَارِ * سَيِّدَةِ نِسَآءِ بَنِى النَّجَّارِ.

“Abdullah pun mendengar seruan “Wahai Abdullah! Tidaklah patut amanah yang ada padamu dibiarkan tanpa dipersatukan dengan Aminah, wanita yang terpelihara, suci dari sebarang kotoran, penghulu kaum wanita Bani Najjar”.[11]



اِجْتَمَعَ شَمْلُهُ بِشَمْلِهَا اِتِّصَلُ حَبْلُهُ بِحَبْلِهَا * ظَهَرَ صَفَآءُ يَقِيْنِهَا * اِنْطَوَتِ اْلاَحْشَآءُ عَلَى جَنِيْنِهَا سَطَعَ نُوْرُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى جَبِيْنِهَا.


“Kemudian bertemulah kemuliaan Abdullah dengan kemuliaan Aminah, terjalinlah tali perhubungan dan pernikahan. Terbuktilah keyakinan Aminah yang suci, lalu dia pun mengandung janin manusia dan terpancarlah nur Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dahinya”.[12]



Kisah para nabi dan rasul menemui ibu Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam mimpinya bermula dari bulan pertama sehinggalah ke bulan kelahiran Nabi, adalah kisah yang tidak ada asal-usul dan puncanya dari hadis-hadis yang sahih, namun ia terdapat di dalam berzanji:



اَوَّلُ شَهْرٍ مِنْ شُهُوْرِ حَمْلِهَا اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ آدَمُ * وَاَعْلَمَهَا اَنَّهَا حَمَلَتْ بِاَجَلِّ الْعَالَمِ.


“Bulan pertama kandungan Aminah beliau didatangi Adam alaihis salam dalam tidur (bermimpi). Dalam mimpi itu Adam memberitahu Aminah bahawa dia sedang mengandung makhluk yang paling mulia”.[13]



اَلشَّهْرُ الثَّانِيْ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ اِدْرِيْسُ * وَاخْبَرَهَا بِفَخْرِ مُحَمَّدٍ وَقَدْرِهِ النَّفِيْسِ.


“Bulan kedua kandungan Aminah, beliau didatangi Idris alaihis salam dalam mimpi. Idris memberitahu Aminah tentang kemuliaan dan kehormatan Muhammad.



اَلشَّهْرُ الثَّالِثُ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ نُوْحٌ * وَقَالَ لَهَا اِنَّكِ قَدْ حَمَلَتْ بِصَاحِبِ النَّصْرِ وَالْفُتُوْحِ.


“Bulan ketiga kandungan Aminah, beliau didatangi Nuh alaihis salam. Dalam mimpi Nuh berkata kepadanya: “Sesungguhnya anda sedang mengandung seorang pahlawan yang sentiasa menang dan menakluk (musuh)”.[14]



اَلشَّهْرُ الرَّابِعُ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ اِبْرَاهِيْمِ الْخَلِيْلُ.…


“Bulan keempat, Aminah didatangi di dalam tidurnya oleh Ibrahim al-Khalil..”[15]



اَلشَّهْرُ الْخَامِسُ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ اِسْمَاعِيْلُ.


“Bulan kelima, Aminah didatangi di dalam tidurnya oleh Ismail”.[16]


اَلشَّهْرُ السَّادِسُ اَتَاهَ فِى الْمَنَامِ مُوْسَى الْكَلِيْمُ


“Bulan keenam, Aminah didatangi di dalam tidurnya oleh Musa al-Kalim”.[17]



اَلشَّهْرُ السَّابِعُ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ دَاوُدُ


“Bulan ketujuh, Aminah didatangi dalam tidurnya oleh Daud”.[18]



اَلشَّهْرُ الثَّامِنُ اَتَهَا فِى الْمَنَامِ سُلَيْمَانُ


“Bulan kelapan, Aminah didatangi dalam tidurnya oleh Sulaiman”.[19]



اَلشَّهْرُ التَّاسِعُ اَتَاهَا فِى الْمَنَامِ عِيْسَى الْمَسِيْحُ


“Bulan kesembilan Aminah didatangi di dalam tidurnya oleh Isa al-Masih”.[20]



Anehnya, semua para nabi dan rasul datang dalam mimpi Siti Aminah hanya mengkhabarkan tentang akan lahirnya Nabi Muhammad, tetapi tidak mengkhabarkan perkara yang lebih penting sebagai tugas yang dipikul oleh setiap nabi dan rasul, iaitu mengkhabarkan atau menyampaikan dakwah tauhid kepada Allah.




----------------------------------------------------------------------




[1] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي hlm. 18-19. Lihat: Terjemahan Berzanji Lengkap. Hlm. 22-23. Mohd. Sofwan Amrullah. Pustaka Ilmi. Cetakan Pertama 1999
[2] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي hlm. 19.
Lihat: Terjemahan Berzanji Lengkap. Hlm.23.
[3] . H/R Al-Bazzar. Menurut al-Albani, hadis ini sahih.
Lihat: Al-Jami’ 4444.
[4] . Syeikh al-Albani mensahihkan hadis ini. Lihat: Al-
Jami’ No. 2337.
[5] . Al-Kahfi, 18:110.
[6] . Ibid. مجموعة الموالد وادعية الانام برزنجي hlm. 19.
[7] . Ibid.
[8] . Ibid.
[9] . H/R Muslim.
[10] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي. Hlm. 24.
[11] . Ibid.. 24-25.
[12] . Ibid. hlm.25.
[13] . Ibid. hlm. 25.
[14] . Ibid. hlm. 25.
[15] . Ibid. hlm. 26.
[16] . Ibid. hlm. 26.
[17] . Ibid.
[18] . Ibid.
[19] . Ibid.
[20] . Ibid.

07 - Kepercayaan Nur Muhammad Dalam Berzanji

KEPERCAYAAN NUR
MUHAMMAD DALAM BERZANJI



Terdapat kepercayaan batil dan mungkar di dalam kitab Berzanji iaitu kepercayaan Nur Muhammad. Dikenali juga dengan nama Hakikat Muhammadiyah atau Roh Muhammad. Nama ini diambil dari serangkap Syair:



وَلَمَّا اَرَادَ اللهُ تَعَالَى اِبْرَازَ حَقَيْقَتِهِ الْمُحَمَّدَيَّةِ.


“Dan tatkala Allah hendak melahirkan (ke alam yang nyata) hakikatnya Muhammadiyah”.[1]



Kepercayaan Nur Muhammad didapati juga berpunca dari keyakinan fasad dan batil yang diambil dari berzanji, iaitu tentang perpindahan roh (inkarnasi) sebagaimana yang tercatit dalam kitab tersebut:



وَاُصَلِّيْ وَاُسَلِّمُ عَلَى النُّوْرِ الْمَوْصُوْفِ بِالتَّقَدُّمِ وَالاَوَّلِيَّةِ الْمُنْتَقِلِ الْغُرُرِ الْكَرِيْمَةِ وَالْجِبَاهِ.


Bermaksud: “Dan lagi aku memohon kepadaNya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya. Iaitu nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang mulia sehingga dahi Abdullah ayahndanya”.[2]



Kepercayaan Nur Muhammad ada kesamaannya dengan kepercayaan dalam Majusi yang disebut “Kitaran Hayat”. Keyakinan ini amat bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Kerana konsep perpindahan roh “Kitaran Roh” tidak terdapat dalam agama Islam, tetapi dikenal pasti ianya sebagai kepercayaan terutamanya di dalam agama Hindu.
Dalam iktikad Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh, persoalan roh hanya diserahkan kepada Allah Subhanhu wa-Ta’ala kerana hanya Allah sahaja yang tahu tentang roh, manusia hanya diberi sedikit sahaja pengetahuan tentang roh. Firman Allah:



وَيَسْاَلُوْنَكَ عَنِ الرُّوْحِ قُلِ الرُّوْحُ مِنْ اَمْرِ رَبِّيْ وَمَآاُوْتِيْتُمْ مِنَ الْعِلْمِ اِلاَّ قَلِيْلاً.


“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah! Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.[3]



Oleh itu, kita semua tidak boleh memperkatakannya kecuali setelah diberitahu atau dikhabarkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla. Dan roh menurut pengkhabaran dari al-Quran ia ditempatkan oleh Allah Ta’ala di alamnya sendiri, iaitu di alam barzah sebagaimana firman Allah:



وَمِنْ وَرَآئِهِمْ بَرْزَخٌ اِلَى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ


“Di hadapan mereka (roh orang mati) ada dinding (tembuk) sampai mereka dibangkitkan”.[4]



ثُمَّ اِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُوْنَ ، ثُمَّ اِنّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُوْنَ.


“Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat”.[5]



Ayat di atas menjelaskan bahawa setiap roh orang mati tidak dapat keluar dari alamnya (barzah atau kubur), tidak boleh turun ke bumi untuk menemui keluarganya walaupun roh para rasul, nabi, wali dan sesiapapun manusia yang telah mati. Mereka akan dikeluarkan hanya pada hari kebangkitan (Hari Kiamat) untuk dihimpunkan di mahsyar.



Kepercayaan khurafat, tahaiyul atau batil iaitu percaya bolehnya keluar roh dari alam barzah untuk menemui atau menolong manusia di dunia ini juga terus terdapat di dalam berzanji iaitu dirangkap syair:



وَآنَ لِلزَّمَانِ اَنْ يَّنْجَلِىَ عَنْهُ صَدَاهُ * حَضَرَ اُمُّهُ لَيْلَةَ مَوْلِدِهِ آسِيَةُ وَمَرْيَمَ فِى نِسْوَةٍ مِّنَ الْحَظِيْرَةِ الْقُدْسِيَّةِ.


“Dan pada ketika itu juga telah mula tiba musim hilang kemarau, tiba-tiba telah datanglah kepada ibu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada malam yang diputerakannya, Siti Asiah dan Siti Maryam serta beberapa bidadari daripada Syurga tempatnya”.[6]



Bidadari-bidadari di syurga jika ia keluar dari syurga kemudian menemui Siti Aminah (ibu Nabi), ini adalah kebatilan, kerana setiap yang di syurga tidak pernah dilihat oleh orang didunia, sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:



مَا لاَ عَيْنٌ رَاَتْ وَلاَ اُذُنٌ سَمِعَتْ وَلاَ خَطَرَ مِنْ قَلْبِ الْبِشَر.


“(Iaitu apa yang di dalam syurga), tidak pernah ada mata yang melihat dan tidak pernah ada telinga yang mendengar dan tidak dapat dibayangkan oleh hati manusia”.




---------------------------------------------------------------------------





[1] . Lihat: Berzanji, hlm. 7. Jaafar Berzanji. Terjemahan Amir Hj. Marzuki. Jabatan Agama Selangor, Jabatan Dakwah. Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي hlm 76.
[2] . Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji Daiba’i. Zulkifli Mat Isa. Jahabersa. Johor Bahru. Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي hlm. 72.
[3] . Al-Isra’ 17:85.
[4] . Al-Mu’minun, 23:100
[5] . Al-Mukminun, 23:15.
[6] . Lihat: مجموعة الموالد hlm 72. Lihat: مولد النبي للبرزنجي للديبعي

hlm 9. Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba’i. Hlm 21.

06- Penghapus Dosa

PENGHAPUS DOSA



Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga dijadikan tempat menghapus segala dosa sebagaimana kepercayaan penganut agama Nasrani menjadikan ketua agama mereka sebagai tempat pengampunan dosa. Apakah perbuatan dan keyakinan seperti ini tidak boleh menyebabkan berlakunya kesyirikan? Fahamilah rangkap syair di bawah ini yang mengajar agar menjadikan Rasulullah tempat penghapus dosa bagi mereka yang telah melakukan maksiat:



السَّلاَمُ عَلَيْكَ * يَاذُخْرَ الْعُصَاةِ


“Salam atasmu wahai harapan (penghapus dosa) para pembuat maksiat”.[1]



Dalam akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh, mereka berkeyakinan bahawa Rasulullah tidak dapat mengampunkan dosa sesiapa. Baginda hanya dapat (diberi keizinan) untuk memberi syafaat kepada sesiapa yang tidak melakukan kesyirikan, iaitu dengan izin Allah ‘Azza wa-Jalla sebagaimana firman Allah:



قُلْ للهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيْعًا


“Katakanlah! Hanya kepunyaan Allah Syafaat itu semuanya”.[2]



مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ اِلاَّ بِاِذْنِهِ.


“Tiada siapa yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya”



سَاَلَ اَبُوْ هُرَيْرَة رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ اَسْعَدَ النَّاس بِشَفَاعَتِكَ : قَالَ : مِنْ قَالَ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ.


“Telah bertanya Abu Hurairah kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam: Siapakah yang paling berbahagia kerana mendapat syafaatmu? Baginda bersabda: Sesiapa yang mengucapkan: Tiada tuhan (yang berhak diibadahi) melainkan Allah dengan sepenuh keikhlasan di hatinya”.[3]




Para pencinta berzanji mungkin tidak menyedari bahawa apabila mereka mentaqdiskan (mensucikan/memuliakan) pembacaan berzanji, mereka telah menjadikan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai tempat meminta perlindungan, keselamatan, keamanan dan kesejahteraan. Perbuatan ini amat bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Kenyataan ini terdapat pada syair-syair di dalam Kitab Berzanji:



يَا رَسُوْلَ اللهِ يَا خَيْرَ كُلِّ اْلاَنْبِيَاء *
نَجِّنَا مِنْ هَاوِيَةْ يَازَكِيَّ الْمَنْصِبِ


“Wahai Rasulullah! Wahai sebaik-baik Nabi! * Selamatkan kami dari segala kebinasaan (keruntuhan), wahai yang berkedudukan mulia”.[4]



Rangkap syair di atas amat bertentangan dengan beberapa ayat di dalam al-Quran. Firman Allah:



ثُمَّ نُنُجِّيْ رُسُلَنَا وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا كَذَلِكَ حَقًّا عَلَيْنَا نُنْجِ الْمُؤْمِنِيْنَ.


“Kemudian Kami selamatkan rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajipan atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman”.[5]



فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ، وَكَذَلِكَ نُنْجِيْ الْمُؤْمِنِيْنَ.


“Maka Kami telah memperkenankan doa dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.[6]



Ayat-ayat di atas ini menjelaskan bahawa hanya Allah Subhananhu wa-Ta’ala sahaja yang menyelamatkan para RasulNya, orang-orang yang beriman dan sekalian makhlukNya, bukannya nabi atau rasul. Pengamal, penggemar dan pencinta Berzanji terus-terusan mengharap limpahan kebaikan, keselamatan, perlindungan, pertolongan dan memohon agar dipenuhi segala keperluan yang penting dan dihajatkan oleh mereka. Ini dapat difahami dan dibuktikan dari bait-bait syair di dalam Berzanji sebagaimana di bawah ini:



اَنْتَ لِلرُّسُلِ خِتَامٌ * اَنْتَ لِلْمَوْلَى شَكُوْرُ
عَبْدُكَ الْمِسْكِيْنُ يَرْجُوْا * فَضْلَكَ الْجَمَّ الْغَفِيْرَ
فِيْكَ قَدْ اَحْسَنْتُ ظَنِّيْ * يَا بَشِيْرُ يَا نَذِيْرُ
فَاَغِثْنِيْ وَاَجِرْنِيْ * يَا مُجِيْرُ مِنَ السَّعِيْرِ
يَا غَيَاثِيْ يَا مَلاَذِيْ * فِى مُهَمَّاتِ الاُمُوْرِ


“Engkau penutup para rasul, engkau limpahan syukur bagi Tuhan, hambamu yang miskin mengharapkan kebaikanmu yang banyak dan berlimpah. Padamu aku berbaik sangka wahai penggembira dan pengingat! Maka tolong lindungilah aku, wahai pelindung dari api neraka! Wahai penolongku dan pelindungku dalam segala urusan yang penting”.[7]



Telah disepakati oleh para ulama akidah dari golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah, bahawa meminta perlindungan kepada makhluk dalam hal-hal ghaibiyah adalah haram dan membawa kepada kesyirikan. Para pengamal berzanji perlu tahu dan menyedari bahawa Rasulullah yang menjadi contoh dalam berakidah dan beribadah, baginda meminta pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagaimana kenyataannya dalam doa baginda:



اَللَّهُمَّ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ * وَيَا مُجِيْبَ السَّائِلِيْنَ.


“Ya Allah! Wahai Penolong bagi setiap peminta pertolongan dan wahai Pengabul setiap permohonan (doa)!”.



Para pencinta dan pengamal Kitab Berzanji juga menggalakkan para pengamalnya meminta-minta ke kuburan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam untuk memperolehi kesejahteraan, cita-cita, hajat dan segala yang diinginkan. Ajaran ini terkandung di dalam syair berikut:



هَذَا النَّبِيُّ الَّذِيْ مَنْ زَارَ حُجْرَتَهُ *
نَالَ الْهَنَا وَاْمُنَا وَالسُّؤْلَ وَالْوَطَرَ.


“Inilah nabi bagi sesiapa yang menziarahi makamnya memperolehi kesejahteraan, cita-cita, hajat dan keinginannya”.[8]



Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih yang mengharamkan orang-orang yang beriman dari menyeru kepada makhluk terutama roh orang yang telah mati dalam permohonan mereka, yang sewajarnya dipohonkan dan diseru hanya kepada Allah. Perbuatan menyeru dan memohon kepada orang mati ini telah diharamkan kerana ia menyebabkan berlakunya kesyirikan. Larangan ini terdapat dalam firman Allah:



قُلِ ادْعُوْا اللهَ اَوِادْعُوْا الرَّحْمَنَ اَيًّا مَا تَدْعُوْا فَلَهُ اْلاَسْمَآءُ الْحُسْنَى.


“Katakanlah! Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana sahaja kamu seru, Dia mempunyai al-Asmaaul Husna (nama-nama yang baik)”.[9]


وَلاَ تَدْعُوْا مَعَ اللهِ اِلَهًا آخَرَ لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ


“Janganlah kamu seru (sembah) di samping (menyeru/menyembah) Allah, tuhan apapun selain Dia”.[10]



Ayat di atas ini mengharamkan setiap orang yang beriman dari menyeru selain Allah, tetapi dalam berzanji mengajar agar pengamalnya berzikir dengan menyeru dan menyebut-nyebut Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di samping meminta petunjuk, pertolongan dan keselamatan dari baginda:



اَلاَ يَا نَبِيَّ الْهُدَى * اَغِثْ مَنْ بِذِكْرِكَ يَصِحْ
اَلاَ يَارَسُوْلَ الْكَرِيْمِ * عَلَيْكَ صَلاَةٌ تَصِحْ


“Wahai Nabi pemberi petunjuk! Tolonglah orang yang berdoa kepadamu. Wahai yang memberi petunjuk! Tolonglah orang-orang yang menyebut-nyebut namamu”.[11]



Menurut kesepakatan ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh, setiap doa, permohonan, seruan dan istigasah hanya dipintakan, dipohon atau diperkenankan kepada Allah ‘Azza wa-Jalla semata sebagaimana firmanNya:



اِذْ تَسْتَغِيْثُوْنَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ اَنِّيْ مُمِدُّكُمْ بِاَلْفٍ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ مُرْدِفِيْنَ.


“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan olehNya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.[12]




-----------------------------------------------------------------------




[1] . مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي Hlm. 5.
[2] . Az-Zumar, 39:44.
[3] . H/R Bukhari (97). Al-Ilm.
[4] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام Hlm. 8.
[5] . Yunus, 10:103.
[6] . Al-Anbia, 21:88.
[7] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي Hlm. 38.
[8] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي Hlm. 59.
[9] . Al-Isra, 17:110.
[10] . Al-Qasas, 28:87.
[11] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي Hlm. 61.
[12] . Al-Anfal, 8:9.

05 - Antara Kebatilan Dalam Berzanji

ANTARA KEBATILAN
DALAM BERZANJI



Antara cerita yang berlebih-lebihan yang membawa kepada ghalu (melampaui batas) dan kesyirikan di dalam berzanji ialah:



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ * يَا مَاحَيَ الذُنُوْبِ



Salam atasmu wahai penghapus dosa![1]
Ungkapan dalam syair di atas ini jika diyakini benar maka ia boleh membawa kepada berlakunya syirik tasybih (menjadi syirik kerana menyerupakan Allah dengan makhlukNya). Ini bermakna samalah seperti menyamakan (mensetarakan) dan memberikan sifat Allah Subhanahu wa-Ta’ala kepada makhlukNya iaitu Nabi Muhammad sallalahu ‘alahi wa-sallam. Perbuatan atau amalan seperti ini sangat bertentangan dengan nas-nas hadis yang sahih dan ayat al-Quran. Seterusnya terdapat banyak lagi kenyataan dalam Berzanji yang bertentangan dengan akidah yang sahih sebagaimana syair di bawah ini:




غَافِرِ الذَنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيْدِ الْعِقَابِ ذِى الطَّوْلِ لآاِلَهَ اِلاَّ هُوَ اِلَيْهِ الْمَصِيْرِ



(Hanya Dialah) Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukumanNya. Yang mempunyai kurnia. Tiada Tuhan (yang berhak diibadahi) selain Dia. Hanya kepadaNyalah kami kembali (semua makhluk).[2]



Meminta pengampunan segala dosa dan bertaubat hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Allah berfirman:




فَاعْلَمْ اَنَّهُ لآاِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ.



“Maka ketahuilah! (Ya Muhammad) Bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah (kepada Allah) ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin lelaki dan perempuan”.[3]



Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam diutus untuk menjadi contoh kepada setiap muslim, baginda mengajarkan setiap orang-orang yang beriman agar meminta keampunan segala dosa mereka hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala, bukan meminta kepada baginda kerana baginda sendiri sentiasa meminta keampunan hanya kepada Allah:



وَاَبُوْءُ بِذَنْبِيْ ، فَاغْفِرْلِيْ ، فَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذَُنُوْبَ اِلاَّ اَنْتَ.


“Dan aku merasa berdosa, maka ampunilah dosaku wahai Tuhanku! Sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampunkan segala dosaku kecuali Engkau”.[4]



Contoh yang paling kuat dan jelas ialah baginda Rasulullah disetiap hari meminta pengampunan (istighfar) yang lebih dari tujuh puluh kali hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala:



وَاللهِ اِنِّيْ لاَسْتَغْفِرُ اللهَ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ اَكْثَرُ مِنْ سَبْعِيْنَ مَرَّةً.


“Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari semalam lebih dari tujuh puluh kali”.[5]
Terdapat ajaran yang boleh membawa kepada pemesongan akidah atau kesyirikan di dalam berzanji, iaitu seruan yang berbunyi:



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ * يَاكَهْفًا وَمَقْصَدْ


“Salam atasmu wahai tempat bernaung dan meminta!”.[6]



Yang jelas di dalam al-Quran diserukan agar orang-orang beriman meminta dan memohon hanya kepada Allah ‘Azza wa-Jalla sebagaimana firmanNya:



قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ . اَللهُ الصَّمِدُ.


“Katakanlah! Bahawa Allah Maha Tunggal, Allah tempat meminta”.[7]



اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ.


“Hanya kepada Engkaulah sahaja kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”.[8]



قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَاسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.


“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Apabila kamu mengharapkan pertolongan maka mintalah kepada Allah”.



Di dalam Kitab Berzanji dengan jelas terdapat banyak keyakinan (kepercayaan) yang bertentangan dengan akidah tauhid yang murni, seperti memberikan sifat Allah ‘Azza wa-Jalla kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Ini dapat difahami dari syair di bawah ini:



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ * يَاجَالِيَ الْكُرُوْبِ


“Salam atasmu, wahai penghapus bencana! (penghapus segala penderitaan /kesusahan )”.[9]



Syair di atas amat bertentangan dengan beberapa potong ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Dan ia dengan jelas amat bertentangan dengan firman Allah ‘Azza wa-Jalla sebagaimana di bawah ini:



وَنُوْحًا اِذْ نَادَى مِنْ قَبْلُ فَاسْتَجَبْنَالَهُ فَنَجَّيْنَاهُ وَاَهْلَهُ مِنَ الْكَرْبِ الْعَظِيْمِ.



“Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa, dan Kami memperkenankan doanya, lalu Kami selamatkan dia berserta pengikutnya dari bencana yang besar”.[10]



Nabi Nuh ‘alaihis salam apabila memohon doa baginda terus menghadapkan dirinya kepada Allah, bukan kepada makhluk atau melalui tawassul kepada makhluk-makhluk tertentu. Allah berfirman:



قُلِ اللهُ يُنَجِّيْكُمْ مِنْهَا وَمِنْ كُلِّ كَرْبٍ ثُمَّ اَنْتُمْ تُشْرِكُوْنَ.


“Katakanlah! Allahlah yang menyelamatkan kamu daripada bencana itu dan dari segala kesusahan kemudian kamu kembali mempersekutukanNya”.[11]



Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah sahaja yang menyelamatkan makhluknya dan melepaskan dari bencana serta kesusahan, oleh itu segala doa dan permohonan wajib dipinta dan dipohon hanya kepadaNya sebagaimana yang dilakukan oleh para rasul, para nabi dan solehin. Keterangan ini dikuatkan oleh ayat berikut:



وَنَجَّيْنَاهُ وَاَهْلَهُ مِنَ الْكَرْبِ الْعَظِيْمِ.


“Dan Kami telah menyelamatkan (Nuh) dan pengikutnya dari bencana yang besar”.[12]



Kitab Berzanji tersemat ajaran bahawa Nabi Muhammad adalah tempat meminta segala permohonan untuk diperkenankan apa sahaja yang dihajatkan:



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ * يَاكُلَّ الْمَرَامِ


“Salam atasmu wahai tempat memohon segala hajat!”.[13]



Al-Maram seerti (semaksud) dengan al-Matlab atau al-Maksad “Tempat meminta permohonan atau hajat”. Menjadikan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai tempat meminta pertolongan atau hajat amat bertentangan dengan syara, perbuatan seperti ini boleh membawa kepada kesyirikan sebagaimana firman Allah:



قُلْ اِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ للهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ . لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَاَنَا اَوَّلُ الْمُسْلِمِيْنَ.




“Katakanlah! Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta Allam. Tiada sekutu bagiNya, dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang petama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”.[14]





-----------------------------------------------------------------------




[1] . Lihat: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي نثر وبرزنجي نظم hlm 3.
Percetakan al-Ma’arif Sdn. Bhd.
[2] . Surah al-Mukmin, 40:3.
[3] . Muhammad, 47:19.
[4] . Lihat: الاذكار hlm 177. Cetakan Pertama. An-Nawawi.
[5] . H/R Bukhari.
[6] . Lihat: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي Hlm 3.
[7] . Al-Ikhlas, 112:1-2.
[8] . Al-Fatihah, 1:5.
[9] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي Hlm. 4.
[10] . Al-Anbia, 21:76.
[11] . Al-An’am, 6:64.
[12] . As-Safat, 37:76.
[13] . Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي Hlm. 4.
[14] . Al-An’am, 6:162.

04 - Kewajipan Mencintai Rasulullah S.A.W

KEWAJIPAN MENCINTAI
RASULULLAH S.A.W





Mencintai Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan keluarganya (Ahli Bait) adalah wajib atas setiap mukmin. Rasulullah bersabda:



اَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ اَحَبَّ اِلَيْهِ مَمَّا سِوَاهُمَا.



“Hendaklah mencintai Allah dan RasulNya melebihi selain dari keduanya”.[1]




Oleh itu, setelah mencintai Allah dan RasulNya maka wajib pula bagi mereka memelihara agama yang disampaikan oleh baginda, kerana ia adalah agama yang sihat, kuat dan benar. Maka setelah kewafatan Nabi utusan ini, adalah wajib atas setiap mukmin membersihkan agama yang disampaikan oleh baginda serta sirah baginda dari dimasuki oleh unsur-unsur lemah, kisah-kisah khayalan (tahaiyulat), berita-berita bohong (khurafat) dan sejarah palsu, terutama yang berkaitan dengan diri baginda yang tidak berdalilkan dalil yang sahih supaya tidak dipertikaikan setiap apa sahaja yang telah disampaikan kepada ummahnya.




Untuk membuktikan kerasulan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan membuktikan kecintaan seseorang itu kepadanya, tidak perlulah membuktikannya dengan kisah-kisah dan cerita-cerita khurafat, khayalan (tahaiyul), gambaran yang aneh, pelik dan ajaib yang dibuat-buat sebelum dan sesudah kelahiran baginda. Haram hukumnya jika terlalu berlebih-lebihan (ghalu) dalam memperkatakan persoalan kenabian sebagaimana yang terdapat keterlaluan yang keji ini di dalam kitab berzanji.



-------------------------------------------------------------------------




[1] . H/R Bukhari (15) al-Iman. Muslim (60) al-Iman.
Turmizi (3548) al-Iman dan Nasaii (490). Al-Iman.

03 - Cerita Yang Tidak Berdasarkan Sirah

CERITA YANG TIDAK
BERDASARKAN SIRAH



Setelah diselidiki, ternyata (di dalam Kitab Berzanji) terdapat cerita-cerita yang tidak berdasarkan sejarah yang benar-benar sah dan pernah terjadi, tidak berlandaskan hujjah serta dalil yang sahih yang harus menjadi pegangan umat Islam.
[1]



Terdapat banyak cerita-cerita khurafat, tahaiyul, syirik dan pujian yang berlebih-lebihan (ghalu) yang melewati batasan syara sehingga menjadikan kedudukan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan peribadinya hampir-hampir menyamai kedudukan Tuhan, baik cerita-cerita sebelum atau sesudah baginda lahir. Tergambar dalam Berzanji bahawa Rasulullah bukan sebagai manusia biasa, termasuklah dalam menyebut-nyebut nasab keturunannya baik sewaktu masih dalam kandungan, kelahiran dan tanda-tanda kelahirnya yang tidak ada sandaran yang benar dari riwayat yang sah (sahih) dari kitab al-Quran atau sunnah.
[2]



---------------------------------------------------------------------



[1] . Ibid.
[2] . Ibid.

02 - Tarikh Lahir Nabi Muhammad

TARIKH LAHIR NABI MUHAMMAD



Menurut Abdul Reheem dalam bukunya “Muhammad The Prophet”. Tidak siapa tahu bilakah tarikh sebenarnya Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dilahirkan. Ada riwayat yang menyatakan pada 1, 8, 10 dan 12 haribulan Rabiul Awal tetapi semuanya bersetuju bahawa Baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam lahir pada hari Isnin pada bulan itu. Yang paling sahih ialah Baginda lahir pada 9hb Rabiul Awal tahun Gajah.
[1]



Perayaan maulid Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berkekalan kerana berdasarkan pengaruh empat buah kitab di atas yang tersebar luas di segenap pelosok, kota-kota dan di desa-desa di Nusantara. Sangat mengecewakan, antara isi kandungan kitab-kitab tersebut bertentangan dengan akal yang rasional dan boleh menjejaskan (akidah) yang mengarah kepada kemusyrikan
[2] (menyekutukan Allah).



Mula-pertama adanya peringatan dan perayaan Maulid Nabi (yang berindukkan Kitab-kitab Berzanji) ialah dimasa kerajaan Fatimiyah dalam abad keempat hijrah.
[3] Mereka mengadakan enam maulid, iaitu maulid Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maulid Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, maulid syaidatina Fatimah az-Zahra, maulid Hasan, maulid Husin dan maulid Khalifah yang memerintah.[4] Kemudian setelah ditentang oleh golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang menyedari kebatilan dan kemungkaran amalan maulid dan berzanji ini, akhirnya ia ditinggalkan oleh umat Islam. Namun ia dihidupkan semula pada pemerintahan al-Hakim Biamrillah pada tahun 524H dan orang pertama yang memulakannya semula ialah al-Malik al-Mudzafar Abu Sa’ied dalam kurun ketujuh di kota Irbil di Iraq. Ia berterusan hingga kemasa kita sekarang dan diluaskan oleh manusia, dilakukan (dalam perayaan maulid ini) berbagai-bagai bid’ah mengikut hawa nafsu masing-masing yang dihiasi untuk mereka oleh syaitan.[5] Ia diimarahkan lagi oleh penggemar bid’ah dan aktivisnya terutama mereka yang tenggelam dalam tarikat kesufian.



Menurut ahli sejarah as-Sunni, majlis maulid yang pertama sekali telah di adakan oleh Muzaffar ad-Din Kokburu, abang ipar kepada Sultan Salahuddin Ayyobi di Arbela selatan Kota Mosul, Baghdad pada tahun 1207M (604H.) Pada perayaan ini terdapat pengaruh Sufi, Keristian dan Syiah.
[6]



Menurut satu kitab kecil dikeluarkan oleh Majlisul Ulama Afrika Selatan: “Amalan perayaan “Maulood” bersumber dari orang-orang yang fasik. Menurut Hajar Asqalani bahawa Molvi Amr bin Dahya adalah bertanggungjawab untuk mengadakan adat “Maulood”, beliau adalah orang yang mencaci ulama-ulama fiqah Islam. Lidahnya jahat. Beliau adalah orang jahil, takabbur dan tidak mempunyai ilmu yang mendalam berkaitan dengan agama”.
[7]

Adapun golongan (kumpulan) pertama yang mengadakannya (maulid dan diiringinya dengan membaca zikir dan berzanji beramai-ramai) adalah para masyeikh (syeikh-syeikh) pemimpin sufi
[8] terutama mereka yang berpegang dengan kepercayaan tarikat Nur Muhammad.




-----------------------------------------------------------------


[1] . Sejarah Pemikiran 2. Sulaiman Noordin. Hlm. 281.
[2] . Ibid.
[3] . Ibid.
[4] . Lihat: احسن الكلام فيما يتعلق بالسنة والبدعة من الاحكام hlm.
44-45.
[5] . Lihat: القول الفصل فى حكم الاحتفال بمولد خير الرسل hlm. 70.
Ismail bin Muhammad al-Ansari.
[6] . Lihat: Sejarah Pemikiran 2. Hlm. 282. Sulaiman Noordin. Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. 1999.
[7] . Ibid. Hlm. 282.
[8] . Lihat: القول الفصل فى حكم الاحتفال بمولد خير الرسل hlm 70.